.....

Semakin aku belajar, semakin aku sedar yang aku tidak mengetahui apa-apa.

Sunday, October 31, 2010

aLaSaN YaNg TiAdA

Alasan apa lagi......?

Tatkala seorang yang kaya raya ditanya.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si hartawan beralasan bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah
kerana seluruh waktunya dihabiskan untuk mengurus kekayaanya.
Mungkin dia lupa bahawa dirinya sebenarnya tidaklah lebih kaya daripada
nabi Sulaiman a.s di mana baginda menjadi semakin taqwa dengan
bertambahnya kekayaan


Alasan apa lagi......?

Pertanyaan serupa ditujukan pada seorang karyawan.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si karyawan berkata bahawa d ia tidak punya waktu untuk beribadah
kerana sibuk dengan pekerjaannya.
Mungkin dia pun lupa bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dibandingkan
dengan nabi Muhammad saw. yang disamping sebagai ketua negara,
panglima perang, baginda juga seorang pendidik umat.


Alasan apa lagi.....?

Begitupun ketika seorang hamba sahaya ditanya.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si hamba sahaya beralasan bahawa dia tidak punya waktu untuk
beribadah kerana sibuk melayani majikannya.
Tidakkah dia lupa bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dan sengsara
dibandingkan dengan nabi Yusuf as?


Alasan apa lagi.....?

Seorang yang sakit ditanya dengan pertanyaan yang sama.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si pesakit beralasan bahawa dia tidak punya waktu dan tenaga untuk
beribadah kerana derita sakitnya.
Cubalah dia ingat bahawa derita penyakitnya itu tidaklah seberapa
dibandingkan dengan penderitaan yang pernah dirasakan oleh nabi Ayub as.


Alasan apa lagi......?

Ketika pertanyaan yang sama ditujukan pada seorang yang fakir miskin.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si fakir miskin menjawabnya bahawa dia tidak punya waktu untuk
beribadah kerana kemiskinannya.
Apakah dia lupa bahawa dia tidaklah lebih miskin dari nabi Isa as,
yang terpaksa harus memakan dedaun dan minum air hujan?


Alasan apa lagi......?

Seorang yang tidak berpendidikan ditanyanya.
Mengapa engkau tidak beribadah....?
Si jahil membuat alasan bahawa dia tidak mampu untuk beribadah kerana ilmunya rendah.
Tidakkah dia lupa bahawa nabi Muhammad saw itu tidak boleh membaca dan
menulis?


Alasan apa lagi.....?

Padahal Allah telah jelas berfirman dalam Al-Qur'an surat Adz-
Dzariyat ayat 56: "Tidak semata-mata Aku ciptakan jin dan manusia
kecuali untuk beribadah kepada-Ku."

Thursday, October 28, 2010

Mari Bercermin

Sangat pasti saya dan anda semua pernah bercermin. Ketika hendak berangkat kerja, bersiap-siap pergi ke kolej ter`cinta`, atau sekedar menyisir rambut dan merapikan tudung(bagi perempuan), kita pasti tidak lupa untuk bercermin. Bahkan tidak sedikit dari kita yang dengan setia membawa cermin kecil dalam setiap aktiviti yang kita jalankan(biasanya perempuan).

Tapi sedarkah kita bahawa walaupun cermin memantulkan bayangan yang sesuai dengan apa yang ada(wajah kita), namun tetap saja ia bersifat subjektif. Kenapa? Kerana kesimpulan akhir yang terungkap dari bayangan di cermin tentu saja dikeluarkan oleh kita sendiri. Ketampanan, kecantikan, dan bayangan seindah apapun yang terpantul dari cermin tentang diri kita tetap saja merupakan sesuatu yang tidak objektif. Lantas, siapakah cermin sejati itu?Yang ikhlas memberi komentar. Jawabnya adalah orang lain.

Inilah sebuah kenyataan yang harus kita terima bahawa orang lainlah tempat terbaik untuk menilai diri kita. Penilaian yang diberikan orang lain mengenai diri kita akan lebih objektif kerana orang lain akan memberi mencerminkan diri kita secara hakiki, tanpa dibayangi secebis pun rasa ego yang membalut diri kita sewaktu kita mencerminkan diri sendiri. Namun keobjektifan yang dihasilkan dari hasil bercermin kepada orang lain bukanlah sesuatu yang dapat kita peroleh secara gratis. Objektiviti yang dihasilkan ternyata harus dibayar mahal dengan kerelaan dan kesanggupan kita untuk menerima penilaian bukan hanya yang bervalensi (bernilai) positif namun juga yang bervalensi negatif. Memang sangat jarang manusia yang mampu berlapang dada mengakui kekurangan (valensi negatif) dalam dirinya. Manusia akan merasa terhina ketika kelemahannya diberitahukan kepada dirinya. Dan akan merasa bahagia ketika hal yang sebaliknya dilakukan.

Secara jujur harus kita katakan bahawa banyak dari kita yang belum mampu berlapang dada untuk menerima berita kelemahan mengenai diri kita yang biasanya diberikan dalam bentuk kritikan. Kita cenderung hanya sanggup menerima bayangan yang memantulkan diri kita yang sempurna tiada cacat sedikitpun. Padahal inilah rahsia mengapa Allah menyuruh kita untuk saling bertaushiyah, iaitu menyampaikan kritikan antara sesama kita(dengan cara hikmah dan bijaksana) dan bersamaan dengan itu berlapang dadalah untuk menerimanya. Dan memang seperti itulah seharusnya manusia yang baik. Bahkan kepiawaian seseorang dalam mengelola refleksi diri berupa kritik, akan menjadikan orang tersebut semakin hari semakin memiliki kualiti diri. Pada hakikatnya, kelapangan dada untuk menerima kritik adalah kriteria asas yang diperlukan untuk melakukan pembaikian dan peningkatan kualiti diri.

Oleh sebab itu....

Budaya bercermin pada cermin sejati inilah yang seharusnya kita kembangkan dalam diri kita. Kerana selain sebagai sarana untuk melatih diri agar objektif terhadap diri sendiri, juga sebagai peringatan bahwa kita ---hamba Allah--- adalah makhluk yang lemah dan jauh dari kesempurnaan.

Friday, October 22, 2010

CUTI OH CUTI

Cuti semester menjelma lagi. Terasa cepat masa berlalu. Sedar-sedar minggu lepas perkarangan gedung ilmu KISDAR mula lengang. Semua pulang seawal mungkin setelah tamat peperiksaan masing-masing. Mungkin kerana lama sudah tidak berjumpa keluarga, atau mungkin sudah ada perancangan yang tidak dapat ditunda-tunda(kahwin contohnya,hehe) ataupun mungkin sudah jemu dengan karenah ‘KISDAR serta birokrasinya`. Apapun sebabnya, bukanlah menjadi maudhu` utama dalam post saya kali ini kerana saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadikan cuti anda bermanfaat dan bersinergi.

1. BUAT PLANNING AWAL.
Untuk menjadikan masa cuti ini bermanfaat, susunlah perancangan untuk mengisi masa terluang ketika cuti. Jangan ketika mula bercuti baru hendak membuat perancangan. Lebih malang kalau kita langsung tidak merancang sehingga selesai cuti. Jadi, kalau belum, buatlah hari ini juga.

2. PLANNING IKUT KEMAMPUAN
Planning yang dibuat perlulah idealistik dan realistik. Plan sesuatu perkara yang mampu dilakukan. Jangan berangan-angan untuk bercuti ke angkasa lepas kalau anda bukan seoarang angkasawan. Sebaliknya, rancanglah mengikut kesesuaian dan kesanggupan, serta kewangan.

3. JANGAN KETEPIKAN FAMILY
Sebaiknya semasa merancang aktiviti cuti, pastikan anda sudah berbincang dengan keluarga. Mana tahu kalau-kalau ibu bapa anda ada plan yang lebih menarik untuk anda dan ahli keluarga yang lain. Kot-kot mereka nak membawa anda bercuti ke mana-mana tempat yang sesuai. Jadi kalau perancangan aktiviti cuti anda tidak dibincangkan bersama mereka, anda mungkin menghadapi masalah pertindihan jadual (macam setiap sem yang berlaku untuk jadual kelas kat KISDAR).

4. JANGAN LUPA MAKANAN KEROHANIAN
Bercuti semester bukan bermakna anda bercuti segala-galanya, apatah lagi bercuti daripada beragama. Jangan kesampingkan aktiviti kerohanian. Sebaliknya aktiviti keagamaan perlu dilakukan setiap hari secara istiqomah. Selain daripada ibadah kefardhuan seperti solat lima waktu, pastikan anda menghadiri kuliah-kuliah agama yang berlangsung di sekitar kawasan anda. Ingan pada pesan Sufyan Ath-Thauri: Salah satu golongan yang rugi ialah seseorang yang apabila datang seorang yang alim ke kawasannya, namun dia sedikitpun tidak mengambil manfaat daripadanya(tidak menadah ilmu daripadanya).

5. PASTIKAN ANDA MEMATUHI APA YANG DIRANCANGKAN
Jika hendak melalui cuti yang bermanfaat, pastikan anda patuh terhadap apa yang anda telah rancang. Barulah cuti yang anda lalui benar-benar bermanfaat.

Sekian, selamat mencuba.

Santai Hikmah Sang Guru dan Muridnya

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.(Ali 'Imran ayat 185)

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. (Surah al-A'raf ayat 179)

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Thursday, October 21, 2010

Kau Pergi Jua

Detik itu tiba jua, meski jiwa belum pernah rela. Detik itu datang akhirnya, meski hati belum sempurna menghadapinya. Saat kau pergi, kami masih dahaga kasih. Kau berjasa. Mendidik hati manusia Melayu mengenal Pencipta. Aku gagal mengempang air mata, tatkala perkhabaran perpisahan bergema di cuping telinga. Ku sembunyikan garisan sedihku di balik senyuman penuh keyakinan. Ku pasti seangkatan sahabat satu pemikiran turut menangisi perpisahan ini. Tapi kami terhibur dengan amanatmu, "Jangan kalian sedih, ketetapan Tuhan pasti ada hikmahnya. Kalian mungkin tidak nampak jasadku, tetapi aku pasti di dalam hati kalian, ada aku. Sepertimana kalian berada dalam hatiku".

Amanatmu aku genggam, ilmu yang kuperoleh darimu, ku biarkan menguasai diriku, agar dengan itu pertemuan dan perpisahan ini, mendapat berkat dariNya, Tuhan Yang Maha Mengetahui.



Terima kasih Dr Yaacob, budimu selamanya, mga Tuhan melindungimu dalam setiap gerak langkahmu. Ku mengharapkan adanya pertemuan kita yang kedua, kalau bukan di atas dunia, di sana nanti dalam rahmatnya.