Wednesday, June 22, 2011

Me-See yang berMISI

Bismillah wal hamdulillah..

Sejarahnya panjang. Bertatih perlahan-lahan cuba mendaki puncak. Bermula dengan nama Shoutul Mujahideen, kemudian bertukar kepada pelbagai lagi nama, dan akhirnya bertemulah dengan nama Me-See. Ketika itu, kehadirannya masih asing, jauh reputasinya di belakang Shoutul Faizeen daripada Sekolah Izzuddin Shah(SIS). Tapi berkat kegigihan, Me-See membentuk kekuatannya tersendiri. Sehinggalah muncul Johan Festival Nasyid Daerah Kinta 2(kini dikenali sebagai Daerah Kampar) pada tahun 2007 dan mewakili daerah tersebut untuk karnival di peringkat negeri.

Namun, kalah mahupun menang, bukanlah tujuan utama. Sebaliknya, kepuasan dakwah menerusi hiburan, itulah yang menjadi rencah utama. Buat adik-adik yang menganggotai Me-See kini, teruskan usaha menyebarkan dakwah, melalui wasilah hiburan yang kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Hiburan kalau kena gayanya, mampu menjadi platform yang menggegarkan dunia barat kerana ia mampu menarik jutaan manusia menuju Tuhan...

ALAM KURNIAN-NYA

Langit nan membiru pepohonan menghijau nan rimbun
Mentari bersinar menerangi kehidupan insan
Purnama memancar melambangkan keagungan Tuhan
Gemerlapan bintang mendamba kerinduan

Renungilah duhai teman
Kurniaan Tuhan
Lambang kasih sayang kepada kita insan
Hayatilah duhai taulan
Keagungan Tuhan
Penuh kenikmatan menyeri kehidupan

Alam bagaikan mutiara suci
Andai dihampar kasih murni
Disayangi dengan hati yang murni
Alam memberi inspirasi hati
Damba kasih dari Ilahi
Membawa kita ke syurga Ilahi

Alam kurnianNya…..huuuhuuuu
Huhuhu….
Hahahahaaahaha…..
………………………………………..

Perhati wahai saudara
Kurnia Yang Esa
Bersyukurlah kita rahmat kurniaanNya (Rahmat dariNyaaaaa)

Perhatilah burung berterbangan
Air mengalir kejernihan
Lambaian hijau penuh kesyahduan

Andai kelayuan dan kesepian
Alam yang indah kesunyian
Insani rebah
Gugur kesayuan
2X

Alam bagaikan mutiara suci
Andai dihampar kasih murni
Disayangi dengan hati yang murni
Alam memberi inspirasi hati
Damba kasih dari Ilahi
Membawa kita ke syurga Ilahi
2X

Alam kurniaanNya

Lagu : Mior Fakhrullah
Lirik : Arifi Putra
Munsyid : Me-See
Tahun : 2007

Sunday, June 19, 2011

Sepagi di IGOP

Bismillah...

Alhamdulillah majlis reunion batch SPM 07 SBP Integrasi Gopeng telahpun berakhir. Syabas dan tahniah kepada pihak yang bertungkus-lumus menganjurkannya. Meskipun jumlah yang hadir tidak sampai 20 orang, tapi terdapat kelainan yang saya rasakan amat baik untuk reunion kali ini.

Berkumpul di sekolah bukan sekadar berjumpa bertanya khabar dan berita, atau mengenang memori yang lama ketika masih menuntut di sana, tapi kita juga datang untuk meninggalkan sesuatu yang amat berguna kepada adik-adik junior yang berada di tingkatan lima. Talk selama 20 minit seorang berkisar mengenai bidang yang diceburi masing-masing saya kira menjadi panduan berguna untuk mereka lebih selektif dalam memilih haluan masa depan.

Datang dengan latar belakang pendidikan yang pelbagai, ada antaranya daripada lapangan medic(Bazli), Engineering(Cimi, Haziq dan Muiz), Business Study(Najmi), Syariah(Saya), Perundangan(Amri), Pendidikan(Idzan), Geologi(Shaheera), Dentistry(Nik dan Norizan) dan Food Manufacture(Pa`en) semuanya berpadu dalam Talk Show selama separuh hari. Jalan yang pernah dilalui, diceritakan kembali kepada adik-adik supaya mudah menuruti, mehnah tribulasi yang dihadapi diputarkan kembali bagi diambil `ibrah daripadanya. Segala jerit-perih perjuangan dilontarkan bayangan supaya semuanya sedar hidup di dunia memerlukan usaha yang bukan sedikit.

Bermula seawal jam 8.30 pagi, adik-adik didedahkan secara santai dan bersahaja mengenai kos-kos yang saya nyatakan tadi. Pendekatan menggunakan slide show amat berkesan dalam proses pemahaman berkenaan apa yang diterangkan. Sesi soal jawab di akhir program juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Kos engineering nampaknya mendapat perhatian ramai.

Moga program reunion sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Mungkin dalam pendekatan yang berbeza tetapi tujuan dan hala tujunya sama. Kita datang bukan sekadar berukhuwah, tetapi berisi dengan aktiviti-aktiviti yang Insha Allah mendatangkan pahala dan meniupkan roh memberi dalam diri kita. Beri itu bukan sekadar pada material yang tidak pernah akan cukup, tetapi ilmu yang mampu mengangkat darjat seorang hamba melebihi raja lebih aula keutamaannya untuk diberi. Malah memberi itu sudah cukup besar manfaatnya kepada kita semua kerana erti hidup bukankah pada memberi??

Ilal liqa`...

Tuesday, June 14, 2011

SaTu HaTi

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah pembalasan Tuhan pasti akan datang

Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut
Jangan takut berjuanglah untuk keamanan