.....

Semakin aku belajar, semakin aku sedar yang aku tidak mengetahui apa-apa.

Wednesday, November 2, 2011

Senyum Itu Indah...

Senyum, saya kira semua orang pernah tersenyum. Senyum itu bukankah sedekah? Memang ianya sabit dengan sepotong hadith nabi. Kita memang selalu tersenyum. Tersenyum bila suka, gembira, seronok dan macam-macam lagi sebab yang semuanya bersifat positif. Ianya biasa, fitrah mulut senyum apabila suka, fitrah mata menangis apabila sedih. Jadi tiada apa yang dihairankan apabila kita tersenyum suka.

Tapi....

Bolehkah kita tersenyum ketika duka? Wah pelik bunyinya. Mana ada yang tersenyum ketika sedih, mestilah mata yang akan menitis, merembeskan air mata syahdu. Jadi tiada apa yang luar biasa. Tapi mahukah anda menjadi luar biasa?

Cuba perhati mafhum hadith nabi itu, tidak diberitahu senyum itu sedekah hanya berlaku ketika gembira. Ianya juga menjadi sedekah andai dilakukan ketika hati sedang sedih, MALAH saya rasa ianya leboih istimewa.

Senyum ketika sedih, lambang ketabahan hati, kebesaran jiwa dan keredhaan yang tidak terhingga. Dr A`idh Abdullah Al-Qorni pernah menyebut, "Terimalah kepedihan dengan senyuman yang menguntum, dan redha yang tidak terhitung".

Senyum di waktu susah tanda ketabahan, senyum di waktu senang tanda kesyukuran. Senyum selalu....(^_^)





Darul Sunan Sittah, Mat`am Syuruq, Mu`tah, Jordan.