.....

Semakin aku belajar, semakin aku sedar yang aku tidak mengetahui apa-apa.

Tuesday, November 29, 2016

Tips Mengisi Cuti Sekolah







Cuti sekolah tiba lagi. Cuti yang dinanti oleh pelajar-pelajar setelah mengharungi sesi persekolahan. Tapi, apa yang mahu dibuat semasa cuti? Berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan untuk mengisi masa cuti :

1. MENDALAMI AGAMA

Anda tidak lancar membaca Al-Quran? Tidak tahu dengan mendalam tentang fardhu ain? Nah inilah masanya anda boleh belajar dengan lebih mendalam tentang agama. Carilah seorang ustaz ataupun sesiapa yang berkelayakkan untuk mengajar anda tentang ilmu agama dengan lebih mendalam. Rata-rata masjid dan surau mengadakan kelas pengajian setiap hari, jika selama ini masa anda terhad, sekaranglah masa yang sesuai untuk mendalami ilmu agama. Cuti terisi ibadah berkualiti.

  
2. MENGEMBARA

Berjalanlah melihat alam, berkenalanlah sesama insan, pada mengembara itu adanya ketenangan dan bertambahlah pengalaman. Dengan mengembara, anda dapat belajar mengurus diri, mengurus kewangan dan menambah kenalan. Dunia diciptakan untuk dijelajahi, maka berjalanlah. Tidak perlu modal yang besar, cukuplah sekadar suatu pengembaraan ringkas yang tidak mengeluarkan modal yang banyak. Paling tidak, ziarahilah saudara-mara terdekat yang duduk jauh daripada kediaman anda.


3. MEMBACA BUKU DAN NOVEL

Membaca jambatan ilmu. Jika selama ini anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca buku kegemaran anda, maka saat inilah masa yang sesuai. Membaca buku sebaiknya menjadi budaya yang perlu diwujudkan. Mulalah dengan membaca buku yang nipis dan ringan, kemudian ubahlah genre yang lebih berat dan padat. Mulakan membaca dari sekarang. Tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar, cukuplah dengan buku-buku second hand ataupun yang dipinjam daripada kawan dan perpustakaan awam. 

                                           
 4. MENGEMAS KEDIAMAN

Kemaslah rumah anda, kemaslah bilik tidur anda. Semasa hari bekerja dan belajar, mungkin anda tidak mempunyui masa yang banyak untuk mengemas. Semasa cutilah semua perkara tersebut dapat dilakukan. Dengan mengemas kediaman dan bilik tidur, anda akan merasa puas dan aman dalam kediaman sendiri. Tambahan pula dengan mengemas, badan kita secara tidak langsung membakar kalori yang ada. Kediaman cantik, badan sihat dan jiwa pun tenang.

                                                
5. BERSENAM

Lakukan senaman, doktor selalu berpesan setiap individu perlu bersenam, paling tidak 30 minit selama tiga hari dalam seminggu. Jika selama ini anda kelelahan dengan pekerjaan dan pembelajaran, semasa cuti inilah anda mempunyai masa yang lapang untuk bersenam. Bagi yang berkemampuan, kunjungilah gymnasium ataupun sukan-sukan lain yang memerlukan sedikit modal seperti badminton, futsal dan bowling. Jika tidak, cukuplah berjalan laju dan jogging di sekitar kediaman anda.