MALAS....Malas bangun dari katil, malas ke melangkah ke jamiah, malas mendengar kuliah pensyarah, malas menyiapkan assignment, malas mengulangkaji pelajaran, malas menadah kitab, malah kadang-kadang bila datangnya malas yang betul-betul malas, hendak memasak untuk dimakan sendiri pun terasa sangat malas. Sungguh, bila malas yang luar biasa datang, terasa begitu berat sekali untuk melakukannya, walaupun perkara itu bukanlah memerlukan daya kudrat ataupun akal fikiran yang luar biasa, hanya biasa-biasa sahaja. Tapi itulah realiti, kerana kita bernama manusia, kemalasan adalah sesuatu perkara yang bersifat biasa, cuma yang membezakannya, bagaimanakah cara kita dalam menghadapinya.
Pernah anda mendengar kata pepatah, `kalau tiada rotan, akarpun berguna`?. Saya fikir pepatah ini amatlah baik andai dapat diaplikasikan dalam menghadapi rasa malas. Cuma ditransformasikan sedikit, `kalau tidak dapat semua, sedikitpun mencukupi`. Apakah itu? Sebentar lagi anda akan memahaminya.
Kemalasan berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah kita selalu berangan-angan untuk melakukan sesuatu yang sempurna dalam sekelip mata. Kalau membuat assigment, biarlah hebat dan gempak, kalau memasak biarlah sedap dan menyelerakan, kalau mengulangkaji pelajaran biarlah serius tanpa gangguan dan kelesuan. Bak kata orang, `jangan sekadar melepaskan batuk di tangga`.
Betul, semua itu bagus ANDAI dapat dilaksanakan dengan jayanya. TAPI harus diingat, kejayaaan tidak bergolek datang dalam sekelip mata. Usah bermimpi untuk menghasilkan assigment yang hebat, andai `date line` nya esok, malam itu baru dipulun. Usah bermimpi untuk pandai, andai jalannya diambil secara singkat. Semuanya faktor masa. Apa guna mengulangkaji sehingga terjegil-jegil biji mata, andai itulah ulangkaji pertama dan terakhir menjelang peperiksaan yang berlangsung esok. Lebih baik andainya begini....
Lakukanlah dengan sedikit tetapi istiqamah. Usah menangguhkan kerja sehingga akhir waktunya. Sepertimana kita menjaga solat dengan solat di awal waktu, begitu juga sikap kita dengan kerja, assigment malah mengulangkaji pelajaran. Bukankah solat di awal waktu merupakan salah satu akhlak solat, dan bukankah apa sahaja yang berkaitan dengan solat merupakan satu bentuk latihan bagi kita, dan haruslah diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya lebih memilih begini, biarlah dalam sehari saya cuma mengulangkaji pelajaran tidak lebih dari sejam,tetapi dilakukan secara istiqamah setiap hari, daripada bermulanya minggu pertama kuliah sehinggalah hari terakhir peperiksaan. Mungkin tidak dapat baca semua dalam tempoh sejam itu, tetapi paling tidak, saya tidak meninggalkan semua yang perlu dibaca setiap hari. Di kala peperiksaan menjelang tiba, mungkin saya sudahpun melangsaikan pembacaan yang sedikit demi sedikit itu, malah dengan ingatan dan pemahaman yang lebih disebabkan suasana yang santai tanpa tekanan. Sekiranya di saat akhir baru bertemankan kitab dan nota, maka apa yang anda dapat tidak lain hanyalah ilmu yang amat mentah, yang apabila sudah selesai peperiksaan, akan mengalir keluar umpama air yang pecah dari empangan. Begitu juga soal kerja dan assigmnet, kalau semuanya dilakukan di saat akhir, pastilah berakhir dengan ada yang tidak lengkap, salah di sini sana dan bebanan perasaan yang berperang antara rasa mengantuk keletihan dan amanah yang menentukan natijah subjek yang diambil. Lebih baik rasanya kerja itu dilakukan secara santai dan bersahaja, sedikit demi sedikit yang lama-lamanya pasti membukit.
Dengan melakukan kerja, assigment dan mengulangkaji secara sedikit tetapi konsisten dan berpanjangan, pastilah perasan malas berkurangan. Kerana ianya begitu santai, rileks, bersahaja, sedikit, tidak melelahkan malah bebas daripada tekanan dan bersifat biasa-biasa, tidak membebankan sesiapa sahaja. Bukankah biasa-biasa yang luar biasa istiqomahnya akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa hebatnya? Hasilnya INSHA ALLAH mempesonakan. Ayuh kita berubah. Jangan dimarah rasa malas, tetapi hadapilah ia sebagai manusia, yang dikurniakan akal untuk merancang bagaimana menghadapi rasa malas. Pepatah arab pernah menyebut:
اجتهد ولا تكسا فالندامة عقبى لمن يتكسل
Berusahalah dan janganlah malas, sesungguhnya penyesalan itu kesudahan bagi orang yang malas
Darul Sunan Sittah, Mat`am Syuruq, Mu`tah, Jordan.....
Monday, October 31, 2011
Saturday, October 29, 2011
SePuTaR KiSaH KeDaI......
Bismillah wa alhamdllah.....
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sedar tidak sedar, sudah hampir dua bulan hamba bermukim di Dataran Syams. Jauh dari kampung halaman, sesekali hamba merindui juga tanah Malaysia. Perlu diri ini selalu diingatkan bahawa dekat jauhnya kita dengan keluarga, bukanlah diukur dengan jarak perjalanan, tetapi niat perpisahan. Pada nama ilmu, itulah semulia-mulia perpisahan yang sementara. Moga jaulah ilmu ini dibantu Illahi, dan pengorbanan keluarga, wallahi tidak akan dilupakan. Hanya syurga yang mampu menjadi galang gantinya....
Semalam, dalam perjalanan pulang ke rumah, tekak hamba rasa haus air pepsi dari dalam peti ais kedai(maklumlah rumah x berpeti ais), padahal suhu tyme tu bawah 15 celcius...Nak wat camne, sebab teringin hambe beli jugak, maka jadilah satu peristiwa yang hamba ingin kongsikan bersama tuan hamba semua...KIsahnya begini....
Hamba beli pepsi tu 2 botol besar(maklumlah adat hidup bermasyarakat, sorang beli sume kongsi,huhu), dengan harga 80kurush sebotol(bahasa kita 80sen,tpi nilainya anda kali dengan 4.5)...Jadi hamber bayar 5JD, itu aje yang ade masa tu..Patotnya pekedai tu pulangkan balik 3JD 40kurush..ntah cmne, dia bagi hambe 4JD 40kurush,wah banyak tu. 1JD bersamaan dgn RM4.5..kalo kat malaysia, 1JD tu dah lepas beli nasik goreng ayam ngn sirap....Maka datanglah makhluk bertanduk bernama setan...Katanya, ko bedal je 1JD tu, bukan sape tau..banyak benda bole beli...Tapi waktu tu, hambe berjubah, cepat2 hati kecik berbisik, ko ni dah la pakai jubah, nak nipu makan harte haram.....
Pendekkan citer, hambe bagi balik 1JD tu...Pekedai tu punyalah puji, macam2 doa y keluar dari mulut dia untuk hambe,huhu hampir riyak la jugak...huhu...Hambe pun ke atas, minum ngn member2 seangkatan...
Pendekkan citer, esoknya, hamba mencari buku untuk disusun...tetiba,satu buku hambe hilang..buku subjek madkhal fi syariah islamiah, salah satu subjek penting untuk dihadam....Cuak dan hambe, jenuh selongkar sana sini x jugak jumpa2..Pendek citer, tedetik di hati, mungkin tertinggal kat kedai smlm, sebab hamba singgah kedai tu lepas kelas tambahan subjek tersebut...Hambe pun tanpa buang masa, trus g kedai tu. Disambut dgn senyuman oleh pekedai tu, tanpa banyak bicara trus dia menghulurkan buku tu....memang tertingal kat situ dan dia menjaganya.....Moral valuenye :
1- Jujur...bole je hambe nak tibai duit dia,sbb dia memang x perasan...tpi kengkawan cuba bayang, kalo la hambe tibai duit dia secara haram camtu, n dia perasan, agak2 buku hambe tu ntah2 dah dicampaknya ke tong sampah..
2- Jangan zalimi manusia lain...mgkin kita ckp 1JD tu kecik je nilainye,tapi kengkawan cuba bayang,kalo 10 orang tibai 1JD, dah jadi 10JD, banyak tu lebih kurang RM40..kalo 20 orang camne?30,40?? sikit2 lama2 membukit....cian kat pekedai tu,lelama kite kene hantor dia dari Jordan ke Tanjung Rambutan....
3- Jangan letak kitab merata-rata...huhu ni ditujukan utk hamba skali, kitab adalah wasilah ilmu, jgn jadi pak arab yang dengan selambe tanpa rsa bersalah, duduk atas kitab diorang,xkira la laki atau pmpuan...truk betoi perangai tu....
4- Buatlah baik, walau sedikit.....Allah x kira sikit atau banyak yang ALlah kira kita buat atau x...
Konklusinya, kalo kita x bole buat baik kat org lain, maka janganlah buat jahat dekat dia..kalo kita xdpt topap akaun pahala, setidak-tidaknya janganlah pula menambah akaun dosa,kan,kan??
...sekian....wassalam...

Thursday, July 28, 2011
RAMADHAN MENJELANG
Ramadhan datang lagi. Sepertimana yang diketahui, kewajipan berpuasa telah difardhukan ke atas kita pada bulan sya`ban tahun kedua Hijrah dengan turunnya ayat 183 daripada surah al-Baqarah (Wahai orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa, sepertimana yang difardhukan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga-moga kamu berTAKWA).
Kini ia datang. Cuma tinggal beberapa hari. Seandainya kita diberi kesempatan untuk sampai dan berada di dalamnya, maka bersyukurlah kita kepada Pencipta, kerana direzekikan kita untuk berada di bulan Ramadhan yang dipenuhi keberkatan dan kerahmatan. Bulan yang membentuk ketakwaan dan keimanan. Bulan yang dalamnya disediakan pengampunan yang tiada terhingga. Bulan yang padanya diikat syaitan durjana, lantas menyerlahkan sifat sebenar manusia. Bulan yang pahala ibadahnya digandakan berganda-ganda, lambang RahimNYA kepada kita. Bulan yang dalamnya terdapat malam agung melebihi seribu bulan. Bulan yang padanya kita menambahkan mutu sebagai hamba, supaya menjadi manusia yang berkualiti kehidupannya.
Tapi AWAS, dalam sibuk mengejar pahala Ramadhan, mungkin kita melupai perkara-perkara asas bagi mencapai spesifikasi ibadah yang dituntut padanya, lantas memungkinkan kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Manfaatkan catatan ini, moga ibadah kita diterimaNya.
RUKUN-RUKUN PUASA
1) Niat
-Meniatkan sebulan berpuasa pada malam pertama Ramadhan.
(Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan kerana Allah)
-Meniatkan puasa esok hari pada setiap malam Ramadhan.
(Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah)
2) Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa daripada subuh sehingga maghrib.
PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN PUASA
- Makan dan minum dengan sengaja
- Memasukkan sesuatu ke rongga badan dengan sengaja(hidung,telinga,mulut,qubul dan dubur)
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh dengan sengaja(termasuklah beronani)
- Haidh dan Nifas
- Gila dan Murtad
ADAB-ADAB BERPUASA
- Melewatkan bersahur sebelum Subuh dan mempercepatkan berbuka sesudah masuk waktunya
- Membanyakkan bacaan Quran dan doa
- Bersahur
- Menjaga lisan, pandangan, pendengaran, nafsu dan perbuatan
- Membanyakkan sedekah
- Menjaga solat fardhu berjemaah
- Bersolat tarawikh
- Memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa
PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
- Mempercepatkan sahur dan melewatkan berbuka sesudah masuk waktunya
- Ucapan dan pendengaran yang sia-sia serta pandangan yang meliar
- Membanyakkan tidur
- Membazir
- Berkumur berlebih-lebihan ketika mengambil wudhu`
- Muqaddimah jima`(sentuhan/ciuman) antara suami dan isteri
Moga puasa kita diterima olehNYa

Wednesday, July 27, 2011
Mutiara Teladan Agong
Bismillah wal hamdulillah
Lama dibiar sepi, bersawang tanpa coretan. Demi Tuhan, masa terasa begitu singkat, untuk sebuah kehidupan. Namun bila difikirkan, itu bukanlah alasan bagi mengabai tuntutan sebuah seruan menujuNya..
Moga perkongsian ini menjadi manfaat untuk semua....
PESAN baginda SAW kepada Saidina Ali karramallah wajhah......
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada tiga tanda-tandanya:
- Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
- Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
- Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada tiga tanda-tandanya:
- Jujur dalam berkata-kata.
- Menjauhi segala yg haram.
- Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang JUJUR itu ada tiga tanda-tandanya:
- Merahsiakan ibadahnya.
- Merahsiakan sedekahnya.
- Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang berTAKWA itu ada tiga tanda-tandanya:
- Takut berlaku dusta dan keji.
- Menjauhi kejahatan.
- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada tiga tanda-tandanya:
- Mengawasi dirinya.
- Menghisab dirinya.
- Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.

Wednesday, June 22, 2011
Me-See yang berMISI
Bismillah wal hamdulillah..
Sejarahnya panjang. Bertatih perlahan-lahan cuba mendaki puncak. Bermula dengan nama Shoutul Mujahideen, kemudian bertukar kepada pelbagai lagi nama, dan akhirnya bertemulah dengan nama Me-See. Ketika itu, kehadirannya masih asing, jauh reputasinya di belakang Shoutul Faizeen daripada Sekolah Izzuddin Shah(SIS). Tapi berkat kegigihan, Me-See membentuk kekuatannya tersendiri. Sehinggalah muncul Johan Festival Nasyid Daerah Kinta 2(kini dikenali sebagai Daerah Kampar) pada tahun 2007 dan mewakili daerah tersebut untuk karnival di peringkat negeri.
Namun, kalah mahupun menang, bukanlah tujuan utama. Sebaliknya, kepuasan dakwah menerusi hiburan, itulah yang menjadi rencah utama. Buat adik-adik yang menganggotai Me-See kini, teruskan usaha menyebarkan dakwah, melalui wasilah hiburan yang kini semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Hiburan kalau kena gayanya, mampu menjadi platform yang menggegarkan dunia barat kerana ia mampu menarik jutaan manusia menuju Tuhan...
ALAM KURNIAN-NYA
Langit nan membiru pepohonan menghijau nan rimbun
Mentari bersinar menerangi kehidupan insan
Purnama memancar melambangkan keagungan Tuhan
Gemerlapan bintang mendamba kerinduan
Renungilah duhai teman
Kurniaan Tuhan
Lambang kasih sayang kepada kita insan
Hayatilah duhai taulan
Keagungan Tuhan
Penuh kenikmatan menyeri kehidupan
Alam bagaikan mutiara suci
Andai dihampar kasih murni
Disayangi dengan hati yang murni
Alam memberi inspirasi hati
Damba kasih dari Ilahi
Membawa kita ke syurga Ilahi
Alam kurnianNya…..huuuhuuuu
Huhuhu….
Hahahahaaahaha…..
………………………………………..
Perhati wahai saudara
Kurnia Yang Esa
Bersyukurlah kita rahmat kurniaanNya (Rahmat dariNyaaaaa)
Perhatilah burung berterbangan
Air mengalir kejernihan
Lambaian hijau penuh kesyahduan
Andai kelayuan dan kesepian
Alam yang indah kesunyian
Insani rebah
Gugur kesayuan
2X
Alam bagaikan mutiara suci
Andai dihampar kasih murni
Disayangi dengan hati yang murni
Alam memberi inspirasi hati
Damba kasih dari Ilahi
Membawa kita ke syurga Ilahi
2X
Alam kurniaanNya
Lagu : Mior Fakhrullah
Lirik : Arifi Putra
Munsyid : Me-See
Tahun : 2007

Sunday, June 19, 2011
Sepagi di IGOP
Bismillah...
Alhamdulillah majlis reunion batch SPM 07 SBP Integrasi Gopeng telahpun berakhir. Syabas dan tahniah kepada pihak yang bertungkus-lumus menganjurkannya. Meskipun jumlah yang hadir tidak sampai 20 orang, tapi terdapat kelainan yang saya rasakan amat baik untuk reunion kali ini.
Berkumpul di sekolah bukan sekadar berjumpa bertanya khabar dan berita, atau mengenang memori yang lama ketika masih menuntut di sana, tapi kita juga datang untuk meninggalkan sesuatu yang amat berguna kepada adik-adik junior yang berada di tingkatan lima. Talk selama 20 minit seorang berkisar mengenai bidang yang diceburi masing-masing saya kira menjadi panduan berguna untuk mereka lebih selektif dalam memilih haluan masa depan.
Datang dengan latar belakang pendidikan yang pelbagai, ada antaranya daripada lapangan medic(Bazli), Engineering(Cimi, Haziq dan Muiz), Business Study(Najmi), Syariah(Saya), Perundangan(Amri), Pendidikan(Idzan), Geologi(Shaheera), Dentistry(Nik dan Norizan) dan Food Manufacture(Pa`en) semuanya berpadu dalam Talk Show selama separuh hari. Jalan yang pernah dilalui, diceritakan kembali kepada adik-adik supaya mudah menuruti, mehnah tribulasi yang dihadapi diputarkan kembali bagi diambil `ibrah daripadanya. Segala jerit-perih perjuangan dilontarkan bayangan supaya semuanya sedar hidup di dunia memerlukan usaha yang bukan sedikit.
Bermula seawal jam 8.30 pagi, adik-adik didedahkan secara santai dan bersahaja mengenai kos-kos yang saya nyatakan tadi. Pendekatan menggunakan slide show amat berkesan dalam proses pemahaman berkenaan apa yang diterangkan. Sesi soal jawab di akhir program juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Kos engineering nampaknya mendapat perhatian ramai.
Moga program reunion sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Mungkin dalam pendekatan yang berbeza tetapi tujuan dan hala tujunya sama. Kita datang bukan sekadar berukhuwah, tetapi berisi dengan aktiviti-aktiviti yang Insha Allah mendatangkan pahala dan meniupkan roh memberi dalam diri kita. Beri itu bukan sekadar pada material yang tidak pernah akan cukup, tetapi ilmu yang mampu mengangkat darjat seorang hamba melebihi raja lebih aula keutamaannya untuk diberi. Malah memberi itu sudah cukup besar manfaatnya kepada kita semua kerana erti hidup bukankah pada memberi??
Ilal liqa`...

Tuesday, June 14, 2011
SaTu HaTi
Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati
Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai ummah kita satu hati
Marilah bersama bersatu berjihad
Menentang kezaliman
Oh insan sedarlah pembalasan Tuhan pasti akan datang

Jangan takut
Jangan takut berjuanglah untuk keamanan

Subscribe to:
Posts (Atom)