Sunday, February 26, 2012

Biodata Iblis

Tarikh kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s

Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Status diri : Fasiq kelas pertama

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Agama : Kufur

Sumber pendapatan : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Tempat tinggal di dunia : Hati-hati mereka yang tidak berzikir

Tempat tinggal di akhirat : Neraka jahannam

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat

Kawasan : Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Matlamat Perjalanan : Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Teman Sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat serta yang tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki-hamun, menghasut, pedengki dan pendendam

Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal

Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Cita-cita : Supaya semua makhluk dimuka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya : Bila manusia melazimi Istighfar

Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah s.w.t

Lambang : Sebarang tatu

Wednesday, February 22, 2012

Nota Si Pengembara

Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?
Jawab Abu Zar; "Ya".

Sabdanya; "Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?".

Jawab Abu Zar; "Mahu Ya Rasulallah, demi ayah dan ibuku".

Mendengar jawapan tersebut, Baginda saw pun bersabda:

- Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan

- Solatlah dua rakaat di tengah gelita malam demi menghadapi kesunyian kubur

- Tunaikanlah haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar (yang menanti)

- Hulurkan sedekah ke atas yang miskin

- Ungkapkanlah sentiasa kalimah yang benar

- Berdiamlah terhadap kalimah yang tercela