.....

Semakin aku belajar, semakin aku sedar yang aku tidak mengetahui apa-apa.

Thursday, April 5, 2012

Kisah Tentang Tawakkal


Ketika Abbas Asisi bersilaturrahim dengan berkunjung ke rumah Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, ditanya oleh Al-Banna tentang perancangan Abbas Asisi selepas menamatkan pendidikan menengahnya. Lalu Al-Banna mengesyorkan Abbas Asisi memasuki bidang ketenteraan.

"Mata saya bermasalah dan rasanya saya tidak akan lulus dalam ujian menembak"

"Tidak apa, bertawakkallah kepada Allah"

"Bagaimana saya mahu bertawakkal kepada Allah sedangkan mata saya hakikatnya bermasalah"

"Justeru, bertawakkallah kepada Allah. Kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakkal kepada matamu'

Abbas Asisi menuruti saranan Al-Banna, dan menjadi peserta terbaik dalam latihan menembak.

Tawakkal kepada Allah (^_^)