Monday, October 31, 2011

Usahalah Walau Sedikit

MALAS....Malas bangun dari katil, malas ke melangkah ke jamiah, malas mendengar kuliah pensyarah, malas menyiapkan assignment, malas mengulangkaji pelajaran, malas menadah kitab, malah kadang-kadang bila datangnya malas yang betul-betul malas, hendak memasak untuk dimakan sendiri pun terasa sangat malas. Sungguh, bila malas yang luar biasa datang, terasa begitu berat sekali untuk melakukannya, walaupun perkara itu bukanlah memerlukan daya kudrat ataupun akal fikiran yang luar biasa, hanya biasa-biasa sahaja. Tapi itulah realiti, kerana kita bernama manusia, kemalasan adalah sesuatu perkara yang bersifat biasa, cuma yang membezakannya, bagaimanakah cara kita dalam menghadapinya.

Pernah anda mendengar kata pepatah, `kalau tiada rotan, akarpun berguna`?. Saya fikir pepatah ini amatlah baik andai dapat diaplikasikan dalam menghadapi rasa malas. Cuma ditransformasikan sedikit, `kalau tidak dapat semua, sedikitpun mencukupi`. Apakah itu? Sebentar lagi anda akan memahaminya.

Kemalasan berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah kita selalu berangan-angan untuk melakukan sesuatu yang sempurna dalam sekelip mata. Kalau membuat assigment, biarlah hebat dan gempak, kalau memasak biarlah sedap dan menyelerakan, kalau mengulangkaji pelajaran biarlah serius tanpa gangguan dan kelesuan. Bak kata orang, `jangan sekadar melepaskan batuk di tangga`.

Betul, semua itu bagus ANDAI dapat dilaksanakan dengan jayanya. TAPI harus diingat, kejayaaan tidak bergolek datang dalam sekelip mata. Usah bermimpi untuk menghasilkan assigment yang hebat, andai `date line` nya esok, malam itu baru dipulun. Usah bermimpi untuk pandai, andai jalannya diambil secara singkat. Semuanya faktor masa. Apa guna mengulangkaji sehingga terjegil-jegil biji mata, andai itulah ulangkaji pertama dan terakhir menjelang peperiksaan yang berlangsung esok. Lebih baik andainya begini....

Lakukanlah dengan sedikit tetapi istiqamah. Usah menangguhkan kerja sehingga akhir waktunya. Sepertimana kita menjaga solat dengan solat di awal waktu, begitu juga sikap kita dengan kerja, assigment malah mengulangkaji pelajaran. Bukankah solat di awal waktu merupakan salah satu akhlak solat, dan bukankah apa sahaja yang berkaitan dengan solat merupakan satu bentuk latihan bagi kita, dan haruslah diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya lebih memilih begini, biarlah dalam sehari saya cuma mengulangkaji pelajaran tidak lebih dari sejam,tetapi dilakukan secara istiqamah setiap hari, daripada bermulanya minggu pertama kuliah sehinggalah hari terakhir peperiksaan. Mungkin tidak dapat baca semua dalam tempoh sejam itu, tetapi paling tidak, saya tidak meninggalkan semua yang perlu dibaca setiap hari. Di kala peperiksaan menjelang tiba, mungkin saya sudahpun melangsaikan pembacaan yang sedikit demi sedikit itu, malah dengan ingatan dan pemahaman yang lebih disebabkan suasana yang santai tanpa tekanan. Sekiranya di saat akhir baru bertemankan kitab dan nota, maka apa yang anda dapat tidak lain hanyalah ilmu yang amat mentah, yang apabila sudah selesai peperiksaan, akan mengalir keluar umpama air yang pecah dari empangan. Begitu juga soal kerja dan assigmnet, kalau semuanya dilakukan di saat akhir, pastilah berakhir dengan ada yang tidak lengkap, salah di sini sana dan bebanan perasaan yang berperang antara rasa mengantuk keletihan dan amanah yang menentukan natijah subjek yang diambil. Lebih baik rasanya kerja itu dilakukan secara santai dan bersahaja, sedikit demi sedikit yang lama-lamanya pasti membukit.

Dengan melakukan kerja, assigment dan mengulangkaji secara sedikit tetapi konsisten dan berpanjangan, pastilah perasan malas berkurangan. Kerana ianya begitu santai, rileks, bersahaja, sedikit, tidak melelahkan malah bebas daripada tekanan dan bersifat biasa-biasa, tidak membebankan sesiapa sahaja. Bukankah biasa-biasa yang luar biasa istiqomahnya akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa hebatnya? Hasilnya INSHA ALLAH mempesonakan. Ayuh kita berubah. Jangan dimarah rasa malas, tetapi hadapilah ia sebagai manusia, yang dikurniakan akal untuk merancang bagaimana menghadapi rasa malas. Pepatah arab pernah menyebut:

اجتهد ولا تكسا فالندامة عقبى لمن يتكسل

Berusahalah dan janganlah malas, sesungguhnya penyesalan itu kesudahan bagi orang yang malas

Darul Sunan Sittah, Mat`am Syuruq, Mu`tah, Jordan.....

Saturday, October 29, 2011

SePuTaR KiSaH KeDaI......

Bismillah wa alhamdllah.....

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sedar tidak sedar, sudah hampir dua bulan hamba bermukim di Dataran Syams. Jauh dari kampung halaman, sesekali hamba merindui juga tanah Malaysia. Perlu diri ini selalu diingatkan bahawa dekat jauhnya kita dengan keluarga, bukanlah diukur dengan jarak perjalanan, tetapi niat perpisahan. Pada nama ilmu, itulah semulia-mulia perpisahan yang sementara. Moga jaulah ilmu ini dibantu Illahi, dan pengorbanan keluarga, wallahi tidak akan dilupakan. Hanya syurga yang mampu menjadi galang gantinya....

Semalam, dalam perjalanan pulang ke rumah, tekak hamba rasa haus air pepsi dari dalam peti ais kedai(maklumlah rumah x berpeti ais), padahal suhu tyme tu bawah 15 celcius...Nak wat camne, sebab teringin hambe beli jugak, maka jadilah satu peristiwa yang hamba ingin kongsikan bersama tuan hamba semua...KIsahnya begini....

Hamba beli pepsi tu 2 botol besar(maklumlah adat hidup bermasyarakat, sorang beli sume kongsi,huhu), dengan harga 80kurush sebotol(bahasa kita 80sen,tpi nilainya anda kali dengan 4.5)...Jadi hamber bayar 5JD, itu aje yang ade masa tu..Patotnya pekedai tu pulangkan balik 3JD 40kurush..ntah cmne, dia bagi hambe 4JD 40kurush,wah banyak tu. 1JD bersamaan dgn RM4.5..kalo kat malaysia, 1JD tu dah lepas beli nasik goreng ayam ngn sirap....Maka datanglah makhluk bertanduk bernama setan...Katanya, ko bedal je 1JD tu, bukan sape tau..banyak benda bole beli...Tapi waktu tu, hambe berjubah, cepat2 hati kecik berbisik, ko ni dah la pakai jubah, nak nipu makan harte haram.....

Pendekkan citer, hambe bagi balik 1JD tu...Pekedai tu punyalah puji, macam2 doa y keluar dari mulut dia untuk hambe,huhu hampir riyak la jugak...huhu...Hambe pun ke atas, minum ngn member2 seangkatan...

Pendekkan citer, esoknya, hamba mencari buku untuk disusun...tetiba,satu buku hambe hilang..buku subjek madkhal fi syariah islamiah, salah satu subjek penting untuk dihadam....Cuak dan hambe, jenuh selongkar sana sini x jugak jumpa2..Pendek citer, tedetik di hati, mungkin tertinggal kat kedai smlm, sebab hamba singgah kedai tu lepas kelas tambahan subjek tersebut...Hambe pun tanpa buang masa, trus g kedai tu. Disambut dgn senyuman oleh pekedai tu, tanpa banyak bicara trus dia menghulurkan buku tu....memang tertingal kat situ dan dia menjaganya.....Moral valuenye :

1- Jujur...bole je hambe nak tibai duit dia,sbb dia memang x perasan...tpi kengkawan cuba bayang, kalo la hambe tibai duit dia secara haram camtu, n dia perasan, agak2 buku hambe tu ntah2 dah dicampaknya ke tong sampah..

2- Jangan zalimi manusia lain...mgkin kita ckp 1JD tu kecik je nilainye,tapi kengkawan cuba bayang,kalo 10 orang tibai 1JD, dah jadi 10JD, banyak tu lebih kurang RM40..kalo 20 orang camne?30,40?? sikit2 lama2 membukit....cian kat pekedai tu,lelama kite kene hantor dia dari Jordan ke Tanjung Rambutan....

3- Jangan letak kitab merata-rata...huhu ni ditujukan utk hamba skali, kitab adalah wasilah ilmu, jgn jadi pak arab yang dengan selambe tanpa rsa bersalah, duduk atas kitab diorang,xkira la laki atau pmpuan...truk betoi perangai tu....

4- Buatlah baik, walau sedikit.....Allah x kira sikit atau banyak yang ALlah kira kita buat atau x...

Konklusinya, kalo kita x bole buat baik kat org lain, maka janganlah buat jahat dekat dia..kalo kita xdpt topap akaun pahala, setidak-tidaknya janganlah pula menambah akaun dosa,kan,kan??

...sekian....wassalam...