.....

Semakin aku belajar, semakin aku sedar yang aku tidak mengetahui apa-apa.

Thursday, March 31, 2011

April Yang Palsu

Ia datang lagi, kali ini entah berapa ramai yang masih teraba dalam terang, sengaja mengocah air yang tenang. Kasihnya Tuhan memang sangat mendalam, namun kita hamba jangan sekali menjalang, sengaja air tenang dikocah goncang. Awas, jangan!!!!! Buaya mungkin tiada di air tenang, tapi siapa tahu apa yang mendatang, bimbang turunnya amaran yang tidak mengenal siapa adik siapa abang.

April fool dihukum adalah haram, namun berapa ramai umat ini yang peduli, biasa saja usikan april fool membingit, pada ketibaan 1 April yang datang. Cukuplah link ini untuk menimbang, masihkah benar kita menegakkan basahnya benang???

http://www.solihinzubir.com/2011/03/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool.html

Sunday, March 27, 2011

Berakhirnya Si Hasad

Alkisah, dalam sebuah negeri ada seorang sultan, seoarang pengawal yang setia dan seorang pegawai yang tamak haloba. Adapun pengawal ini merupakan pengawal kesayangan sultan, sehingga baginda amat rapat dan dekat dengan pengawal tersebut. Setiap pagi, pengawal tersebut selalu berbual dengan baginda sultan dan seringkalilah mengingatkan sultan dengan satu ayat keramat, "Tuanku berbuat baiklah dengan siapa yang berbuat baik, dan bagi yang berbuat jahat, cukuplah kejahatan itu dibalas dengan kejahatannya sendiri.

Maka menjadi asbab buat pegawai yang bermuka-muka ini menjadi iri hati dan dengki (biasanya kalo dah bermuka-muka ni, sinonim juga dengan dengki dan iri hati, kira complete package la)..Shahadan pada suatu hari, menjelmalah idea busuk untuk menjahanamkan hubungan baik antara baginda sultan dan pengawal ni tadi. Maka pegawai ini mengadap baginda sultan, "Wahai sultan, si pengawal yang engkau sayangkan itu bukanlah ikhlas mendampingimu, sebaliknya dia mengata sesuatu yang buruk tentangmu kepada rakyat jelata. Dia menyebarkan bahawa mulutmu itu busuk sehingga tidak tertahan olehnya. Jika engkau tidak percaya, nanti apabila dia datang kepadamu, maka perhatikanlah, dia pasti menekup hidungnya bila engkau berbicara dengannya".

Baginda sultan begitu murka mendengar perkhabaran tersebut, tetapi baginda masih beranggapan semuanya fitnah selagi belum ada bukti yang sahih.

Maka si pegawai ini pun meng`advance`kan tipu muslihatnya, dipanggil si pengawal tadi yang kebetulan lurus bendul ini ke rumahnya. Dijamu pengawal ini dengan makanan yang dicampur dengan bawang putih dalam kuantiti amat banyak tidak terhingga. Namun kerana tidak mahu mengecewakan tuan rumah, digagah juga dirinya untuk menjamah. Akibatnya korang pun tau kan camne bau mulut lepas tibai bawang putih berdozen-dozen. Busuk yang amat.

Sesudah selesai makan, disuruh pengawal ini mengadap sultan, katanya ada titah penting yang mahu disampaikan kepadanya. Maka berangkatlah si pengawal ini dengan tidak mengesyaki apa-apa(orang berjiwa bersih selalunya husnu zon). Apabila sampai, baginda sultan pun teringat kata-kata si pegawai tadi lantas di`test`nya apakah benar pengawal ini mengatakan mulutnya busuk. Dititahkan pengawal tersebut menghampiri baginda sultan. Maka mengadaplah pengawal ini sambil menekup mulutnya disebabkan tidak mahu baginda sultan terganggu oleh bau mulutnya yang busuk.

Apalagi, sultan pun menjadi murka yang teramat, sehingga terasa mahu dibunuh hidup-hidup pengawal tadi. Namun entah bagaimana, (ilham yang ditiupkan oleh ALLAH), baginda sultan tidak menitahkan supaya pengawal ini dibunuh secara `direct`. Tetapi dilakukan secara `indirect`. Ditulisnya surat, dan disuruh pengawal ini membawa surat tersebut kepada seorang pegawai tinggi istana, yang biasanya ditugaskan untuk menaikkan pangkat pegawai-pegawai dan pengawal-pengawal istana, namun beliau juga tanpa diketahui ramai, merupakan pegawai hukuman diraja yang disembunyikan statusnya. Seperti yang dikatakan, keluhuran dan kelurusan pengawal ini telah membuatkan belia tanpa banyak soal terus membawa surat ini kepada pegawai tersebut.

Dalam perjalanan, si dengki tersebut telah menawarkan diri untuk menghantar surat tersebut, kerana sangkanya baginda sultan menitahkan dalam surat tersebut untuk pengawal tadi dinaikkan pangkat, jadi sekiranya dia yang membawanya, pasti dia yang akan dinaikkan pangkat. Pengawal ini pun bersetuju bagi tidak menghampakan pegawai tersebut. Tanpa diketahui mereka, kandungan surat tersebut ialah "Dengan perintahku, engkau penggal leher orang yang membawa surat ini kepadamu, dan tunjukkan mayatnya nanti kepadaku"

Maka berjumpalah pegawai tadi dengan pegawai tinggi istana tersebut. Sesudah membaca surat tersebut, apalagi...tanpa berlengah hukuman pun dilaksanakan.... Jadi silalah menjadi pendengki kalau rasanya sudah cukup untuk menahan akibatnya....

Benar firman ALLAH :

Barangsiapa yang membuat kejahatan, dibalas seimbang dengan kejahatannya

(Al-An`am : 160)

Thursday, March 24, 2011

Semangat Yang Jantan

Jumaat hadir lagi, penuhi fitrah alami. Hari penghulu segala hari, begitu dinanti oleh sahabat generasi Rabbani. Padanya mereka seakan berpesta, berpesta ibadat supaya bertambah dekat. Hati khusyuk berzikir supaya diri tidak lari dari nilai hamba yang sejati. Akal sentiasa fikir supaya jasad tidak pergi dari tradisi abdi. Mulianya nilai mereka, insan yang berabdi untuk Robbi. Hinanya kita kerana sanggup menghamba diri pada duniawi.

Jumaat kini sepi. Tiada pesta. Yang ada hanya kita yang lalai, kerja yang berlambak kejam tidak tahu bila berkesudahan. Agaknya itulah hukuman di atas kesilapan membuat percaturan. Nilaian cuti hari Jumaat demi pesta ibadat, pasti syurga sudi membukakan seluas langit pintunya menjemput kita yang peka. Namun kita lebih sudi cuti pada hari Ahad, seolah-olah memberi `kebesaran` buat hari `mereka` pergi menyembah `tuhan`. Mengapa ini terjadi sedangkan yang berkuasa mengawal cuti adalah yang ditaklifkan Jumaat. Jangan kita jadi seperti kaum Yahudi, pada hari disuruh ibadat, ketika itulah ikan melompat-lompat. Tapak sembahan dibiarkan sepi, mengejar ikan yang tidak lain hanyalah duniawi.

Khutbah nabi penuh berisi. Mencakupi semangat, ilmu dan matlamat. Itulah petua sahabat menjadi dekat, dengan jalang juang yang sememangnya kelat. Namun kita hari ini begitu hilang kelakian, khutbah disedia kedengaran ganjil dan penat. Tidak berani membahas isu umat, yang ditekankan ialah menjaga sensiviti masyarakat. Itu hanyalah topeng palsu sebagai dikambinghitamkan, kerana sesungguhnya khutbah mampu mengubah tamadun umat, daripada jahil menuju keramat. Maka masuklah Yahudi penyekat matlamat, dengan khutbah dibiarkan pondan tidak bersemangat. Tapi kita masih lagi tunduk redha tanpa memerah keringat, untuk menjantankan kembali khutbah yang mewarnai Jumaat.

Rupanya inilah antara asbab betapa dangkalnya umat, Jumaat sepi tiada lagi misi ibadat.....

Sinaran Emas Permata

Sesungguhnya jika kamu syukur, pasti Kami akan menambah nikmatmu, dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".



Hidup paling bahagia bukan semestinya dengan banyaknya harta,tingginya pangkat semata-mata. Namun sesiapa yang ada padanya dua perkara ini, maka bahagialah dia.

1. Orang yang diberi nikmat kemudian ia bersyukur.
2. Orang yang ketika diberi ujian Allah kemudian ia bersabar.

Kadang-kadang kita berduit, tetapi risau memikirkan duit akan habis. Kadang-kadang kita berpangkat tinggi, namun kesibukan berjawatan menyebabkan hati menjadi mati.
Jadi bagaimana mahu bahagia?

Ada empat cara yang boleh dijadikan sandaran.


1. Bersyukur dengan sekecil apapun nikmat.
Akibatnya kita akan merasakan kebahagiaannnya sampai ke hal-hal yang kecil. Berbeza dengan yang tidak tahu bersyukur, dia letih dan susah memikirkan nikmat yang belum ada. Akibatnya jangankan nikmat yang belum ada, yang sudah ada sahaja tak ternikmati. Ingatlat Ahli syukur tidak pernah kehilangan kesempatan untuk menikmati bukan nikmatnya, tetapi sikap syukurnya itu yang membuat ia berasa nikmat dengan apa adanya.

2. Selalu memuji Allah dalam setiap kesempatan.
Setiap kali ia mendapat pujian tidak merasa itu miliknya mutlak. Kerana dia sedar bahawa status hamba tidak layak menjadi bangga. Sebaik-baik orang yang bersyukur, yang selalu berbahagia adalah yang ketika dipuji mengembalikan pujian itu kepada Allah swt. Dengan Ucapan “Al-Hamdulillah Rabbil A’lamin” Segala puji hanyalah bagi Allah, hanyalah milik Allah, Tuhan sekalian alam.

3. Selalu berterima kasih kepada orang yang menjadi jalan nikmat bagi dirinya.
Semua nikmat ada jalur-jalur dan asbab-asbabnya. Mungkin nikmat kita datang melalui seseorang. Orang yang tahu bersyukur itu senang sekali untuk merenungi dan mengingati kebaikan orang lain dan membalasnya. Dan orang-orang yang bersyukur inilah yang akan menikmati kehidupan yang penuh dengan nikmat.

4. Memanfaatkan nikmat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Lisan mengucapkan Hamdalah kepada Allah dan terima kasih kepada sesama manusia. Dahi dipakai banyak bersujud. Mata dipakai melihat kebenaran ilmu dan Al Quran. Lidah dipakai banyak menyebut nama Allah, berdoa, menasihati kebaikan dan kebenaran, kekuatan diwakafkan demi agama dan harta kekayaan dinafkahkan di jalan Allah.

ALLAHUMMA AINNI A’LA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI IBADATIKA.

Ya Allah jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa mengingati Mu dan Hamba mu yang sentiata mensyukuri nikmat Mu, dan hamba Mu yang melakukan amal kebaikan kerana Mu.