Sunday, March 27, 2011

Berakhirnya Si Hasad

Alkisah, dalam sebuah negeri ada seorang sultan, seoarang pengawal yang setia dan seorang pegawai yang tamak haloba. Adapun pengawal ini merupakan pengawal kesayangan sultan, sehingga baginda amat rapat dan dekat dengan pengawal tersebut. Setiap pagi, pengawal tersebut selalu berbual dengan baginda sultan dan seringkalilah mengingatkan sultan dengan satu ayat keramat, "Tuanku berbuat baiklah dengan siapa yang berbuat baik, dan bagi yang berbuat jahat, cukuplah kejahatan itu dibalas dengan kejahatannya sendiri.

Maka menjadi asbab buat pegawai yang bermuka-muka ini menjadi iri hati dan dengki (biasanya kalo dah bermuka-muka ni, sinonim juga dengan dengki dan iri hati, kira complete package la)..Shahadan pada suatu hari, menjelmalah idea busuk untuk menjahanamkan hubungan baik antara baginda sultan dan pengawal ni tadi. Maka pegawai ini mengadap baginda sultan, "Wahai sultan, si pengawal yang engkau sayangkan itu bukanlah ikhlas mendampingimu, sebaliknya dia mengata sesuatu yang buruk tentangmu kepada rakyat jelata. Dia menyebarkan bahawa mulutmu itu busuk sehingga tidak tertahan olehnya. Jika engkau tidak percaya, nanti apabila dia datang kepadamu, maka perhatikanlah, dia pasti menekup hidungnya bila engkau berbicara dengannya".

Baginda sultan begitu murka mendengar perkhabaran tersebut, tetapi baginda masih beranggapan semuanya fitnah selagi belum ada bukti yang sahih.

Maka si pegawai ini pun meng`advance`kan tipu muslihatnya, dipanggil si pengawal tadi yang kebetulan lurus bendul ini ke rumahnya. Dijamu pengawal ini dengan makanan yang dicampur dengan bawang putih dalam kuantiti amat banyak tidak terhingga. Namun kerana tidak mahu mengecewakan tuan rumah, digagah juga dirinya untuk menjamah. Akibatnya korang pun tau kan camne bau mulut lepas tibai bawang putih berdozen-dozen. Busuk yang amat.

Sesudah selesai makan, disuruh pengawal ini mengadap sultan, katanya ada titah penting yang mahu disampaikan kepadanya. Maka berangkatlah si pengawal ini dengan tidak mengesyaki apa-apa(orang berjiwa bersih selalunya husnu zon). Apabila sampai, baginda sultan pun teringat kata-kata si pegawai tadi lantas di`test`nya apakah benar pengawal ini mengatakan mulutnya busuk. Dititahkan pengawal tersebut menghampiri baginda sultan. Maka mengadaplah pengawal ini sambil menekup mulutnya disebabkan tidak mahu baginda sultan terganggu oleh bau mulutnya yang busuk.

Apalagi, sultan pun menjadi murka yang teramat, sehingga terasa mahu dibunuh hidup-hidup pengawal tadi. Namun entah bagaimana, (ilham yang ditiupkan oleh ALLAH), baginda sultan tidak menitahkan supaya pengawal ini dibunuh secara `direct`. Tetapi dilakukan secara `indirect`. Ditulisnya surat, dan disuruh pengawal ini membawa surat tersebut kepada seorang pegawai tinggi istana, yang biasanya ditugaskan untuk menaikkan pangkat pegawai-pegawai dan pengawal-pengawal istana, namun beliau juga tanpa diketahui ramai, merupakan pegawai hukuman diraja yang disembunyikan statusnya. Seperti yang dikatakan, keluhuran dan kelurusan pengawal ini telah membuatkan belia tanpa banyak soal terus membawa surat ini kepada pegawai tersebut.

Dalam perjalanan, si dengki tersebut telah menawarkan diri untuk menghantar surat tersebut, kerana sangkanya baginda sultan menitahkan dalam surat tersebut untuk pengawal tadi dinaikkan pangkat, jadi sekiranya dia yang membawanya, pasti dia yang akan dinaikkan pangkat. Pengawal ini pun bersetuju bagi tidak menghampakan pegawai tersebut. Tanpa diketahui mereka, kandungan surat tersebut ialah "Dengan perintahku, engkau penggal leher orang yang membawa surat ini kepadamu, dan tunjukkan mayatnya nanti kepadaku"

Maka berjumpalah pegawai tadi dengan pegawai tinggi istana tersebut. Sesudah membaca surat tersebut, apalagi...tanpa berlengah hukuman pun dilaksanakan.... Jadi silalah menjadi pendengki kalau rasanya sudah cukup untuk menahan akibatnya....

Benar firman ALLAH :

Barangsiapa yang membuat kejahatan, dibalas seimbang dengan kejahatannya

(Al-An`am : 160)

No comments:

Post a Comment