Jumaat hadir lagi, penuhi fitrah alami. Hari penghulu segala hari, begitu dinanti oleh sahabat generasi Rabbani. Padanya mereka seakan berpesta, berpesta ibadat supaya bertambah dekat. Hati khusyuk berzikir supaya diri tidak lari dari nilai hamba yang sejati. Akal sentiasa fikir supaya jasad tidak pergi dari tradisi abdi. Mulianya nilai mereka, insan yang berabdi untuk Robbi. Hinanya kita kerana sanggup menghamba diri pada duniawi.
Jumaat kini sepi. Tiada pesta. Yang ada hanya kita yang lalai, kerja yang berlambak kejam tidak tahu bila berkesudahan. Agaknya itulah hukuman di atas kesilapan membuat percaturan. Nilaian cuti hari Jumaat demi pesta ibadat, pasti syurga sudi membukakan seluas langit pintunya menjemput kita yang peka. Namun kita lebih sudi cuti pada hari Ahad, seolah-olah memberi `kebesaran` buat hari `mereka` pergi menyembah `tuhan`. Mengapa ini terjadi sedangkan yang berkuasa mengawal cuti adalah yang ditaklifkan Jumaat. Jangan kita jadi seperti kaum Yahudi, pada hari disuruh ibadat, ketika itulah ikan melompat-lompat. Tapak sembahan dibiarkan sepi, mengejar ikan yang tidak lain hanyalah duniawi.
Khutbah nabi penuh berisi. Mencakupi semangat, ilmu dan matlamat. Itulah petua sahabat menjadi dekat, dengan jalang juang yang sememangnya kelat. Namun kita hari ini begitu hilang kelakian, khutbah disedia kedengaran ganjil dan penat. Tidak berani membahas isu umat, yang ditekankan ialah menjaga sensiviti masyarakat. Itu hanyalah topeng palsu sebagai dikambinghitamkan, kerana sesungguhnya khutbah mampu mengubah tamadun umat, daripada jahil menuju keramat. Maka masuklah Yahudi penyekat matlamat, dengan khutbah dibiarkan pondan tidak bersemangat. Tapi kita masih lagi tunduk redha tanpa memerah keringat, untuk menjantankan kembali khutbah yang mewarnai Jumaat.
Rupanya inilah antara asbab betapa dangkalnya umat, Jumaat sepi tiada lagi misi ibadat.....
No comments:
Post a Comment