1. Apakah maksud PUASA RAMADHAN?
PUASA RAMADHAN
secara istilah syarak ialah menahan diri daripada melakukan perbuatan
yang membatalkan puasa daripada terbit matahari sehinggalah terbenam fajar
pada hari-hari Ramadhan.
2. Apakah RUKUN PUASA
RUKUN PUASA
- Menahan syahwat batin dan faraj.
- Menahan daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.
- Niat berpuasa di malam hari ( di sisi Syafie dan Maliki).
3 Berapa lamakan TEMPOH BERPUASA?
TEMPOH BERPUASA
- Bagi tempat yang terbit matahari. Bermula daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
- Bagi tempat yang tidak terbit matahari. Mengikut waktu tempat yang terbit matahari paling dekat dengannya.
4. Apakah SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA?
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
- Islam (syarat wajib di sisi Hanafi, dan syarat sah di sisi Jumhur)
- Baligh.
- Aqil.
- Mempunyai kekuatan untuk melaksanakannya / tidak uzur sama ada uzur syar`i ataupun sakit.
- Iqamah ( syarat ini syarat tambahan di sisi Hanafiah).
5. Apakah SYARAT-SYARAT SAH PUASA?
SYARAT-SYARAT SAH PUASA (di sisi Syafie, dan ia sedikit berbeza di sisi mazhab-mazhab yang lain)
- Islam pada ketika tempoh berpuasa.
- Aqil dan Mumayyiz pada ketika tempoh berpuasa.
- Tidak didatangi Haidh dan Nifas pada ketika tempoh berpuasa.
- Berpuasa pada hari yang tidak diharamkan berpuasa.
6. Apakah PERKARA-PERKARA SUNAT BERKAITAN PUASA?
PERKARA SUNAT BERKAITAN PUASA
- Sahur meskipun hanya meneguk air.
- Mempercepatkan berbuka setelah yakin masuk waktu berbuka.
- Berdoa ketika berbuka dengan doa yang ma`thur.
- Memberi makan mereka yang berbuka puasa.
- Mandi Hadas Besar / Janabah bagi sesiapa yang wajib melaksanakannya sebelum terbit fajar.
- Menjaga lisan dan perbuatan.
- Meninggalkan syahwat yang tidak membatalkan puasa seperti muqaddimah jima` dan berciuman.
- Berkasih-sayang dan bersedekah kepada fakir dan miskin.
- Meninggalkan berbekam di siang hari ( di sisi Syafie).
- Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan menuntut ilmu.
7. Apakah PERKARA MAKRUH BERKAITAN PUASA?
PERKARA MAKRUH BERKAITAN PUASA
- Tidak berbuka langsung antara dua puasa.
- Muqaddimah jima`(persetubuhan) seperti ciuman, sama ada hanya berfikir mengenainya, atau memandangnya atau melakukannya.
- Berlebih-lebihan dalam perkara yang berpotensi membatalkan puasa seperti mandi dan berkumur kerana dikhuatiri masuk ke dalam rongga.
- Merasa makanan kerana dikhuatiri masuk ke dalam rongga.
8. Apakah PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA?
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
- Jimak / persetubuhan yang mewajibkan mandi hadas.
- Keluarnya air mani ataupun air mazi dengan sebab ciuman, aksi, pandangan, atau pemikiran yang membawa kepadanya (dengan sengaja).
- Muntah dengan sengaja, sama ada memenuhi mulut ataupun tidak (terkeluar atau ditelan) dan .
- Masuknya air/ cecair, makanan, atau apa sahaja yang bermaksud memberi kenyang / menghilangkan dahaga, ataupun sesuatu yang lain melepasi tekak sama ada melalui mulut, hidung ataupun telinga, sama ada secara sengaja atau tidak atau tersalah ( tetapi terdapat khilaf mengenai penggunaan Inhaler bagi pesakit lelah, Inshaa Allah akan cuba dilampirkan kemudian ).
- Masuknya sesuatu ke dalam perut sama ada melalui apa-apa sahaja rongga termasuklah liang roma sama ada secara sengaja, atau tidak atau tersalah.