Sunday, June 19, 2011

Sepagi di IGOP

Bismillah...

Alhamdulillah majlis reunion batch SPM 07 SBP Integrasi Gopeng telahpun berakhir. Syabas dan tahniah kepada pihak yang bertungkus-lumus menganjurkannya. Meskipun jumlah yang hadir tidak sampai 20 orang, tapi terdapat kelainan yang saya rasakan amat baik untuk reunion kali ini.

Berkumpul di sekolah bukan sekadar berjumpa bertanya khabar dan berita, atau mengenang memori yang lama ketika masih menuntut di sana, tapi kita juga datang untuk meninggalkan sesuatu yang amat berguna kepada adik-adik junior yang berada di tingkatan lima. Talk selama 20 minit seorang berkisar mengenai bidang yang diceburi masing-masing saya kira menjadi panduan berguna untuk mereka lebih selektif dalam memilih haluan masa depan.

Datang dengan latar belakang pendidikan yang pelbagai, ada antaranya daripada lapangan medic(Bazli), Engineering(Cimi, Haziq dan Muiz), Business Study(Najmi), Syariah(Saya), Perundangan(Amri), Pendidikan(Idzan), Geologi(Shaheera), Dentistry(Nik dan Norizan) dan Food Manufacture(Pa`en) semuanya berpadu dalam Talk Show selama separuh hari. Jalan yang pernah dilalui, diceritakan kembali kepada adik-adik supaya mudah menuruti, mehnah tribulasi yang dihadapi diputarkan kembali bagi diambil `ibrah daripadanya. Segala jerit-perih perjuangan dilontarkan bayangan supaya semuanya sedar hidup di dunia memerlukan usaha yang bukan sedikit.

Bermula seawal jam 8.30 pagi, adik-adik didedahkan secara santai dan bersahaja mengenai kos-kos yang saya nyatakan tadi. Pendekatan menggunakan slide show amat berkesan dalam proses pemahaman berkenaan apa yang diterangkan. Sesi soal jawab di akhir program juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Kos engineering nampaknya mendapat perhatian ramai.

Moga program reunion sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Mungkin dalam pendekatan yang berbeza tetapi tujuan dan hala tujunya sama. Kita datang bukan sekadar berukhuwah, tetapi berisi dengan aktiviti-aktiviti yang Insha Allah mendatangkan pahala dan meniupkan roh memberi dalam diri kita. Beri itu bukan sekadar pada material yang tidak pernah akan cukup, tetapi ilmu yang mampu mengangkat darjat seorang hamba melebihi raja lebih aula keutamaannya untuk diberi. Malah memberi itu sudah cukup besar manfaatnya kepada kita semua kerana erti hidup bukankah pada memberi??

Ilal liqa`...

No comments:

Post a Comment