Hadirin sekalian,
Kehebatan Islam yang kedua ialah ianya bersifat universal dan sejagat. Ia diturunkan untuk semua umat manusia tanpa mengira buruk cantik, tinggi rendah, paras rupa, miskin kaya apatah lagi rumpun bangsa. Islam menolak secara total amalan assobiah yang pernah membelenggu masyarakat arab sehingga digelar jahiliah. Sebaliknya, Islam amat menekankan pembentukan masyarakat majmuk yang beradab sopan, bertamadun hebat, progresif bersistematika, dengan dilingkari nilai kedamaian dan keamanan yang jitu. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-hujarat ayat 13 maksudnya: " wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal-mengenal.
Islam menjadi penentang nombor satu terhadap sistem kasta, aperteid malah apa-apa sahaja sistem kejam lagi zalim yang menafikan konsep persamaan antara manusia. Inilah fitrah manusia yang dirai dan digarap secara halus dan kudus yang sekiranya diikuti dengan tulus, maka lahirlah keamanan sejagat yang diimpikan. Sifat universal yang terdapat dalam Islam menjadikannya satu-satunya agama yang mempersaudarakan seluruh bangsa yang terdapat di muka bumi ini. Perjuangan berdasarkan sesebuah bangsa sahaja hembusan bayu yang maha kecil, jika hendak dibandingkan dengan gabungan bangsa-bangsa yang bersatu di bawah laungan `One Muslim`, yang seperti puting beliung yang kuat dan hebat. Seharusnya semangat kebangsaan jangan pula dilunturkan, sebaliknya wajib dipertingkatkan demi mengukuhkan ukhwah sesama ahli sesebuah bangsa, namun usah sesekali meletakkan semangat keagamaan di tangga kedua. Bersatu dalam Islam sejahtera, kita akan gagah perkasa malah Allah dan Rasul-Nya pasti bersama.
p/s: Ini petikan asgment aku utk subjek usul dakwah.
Selamat memberi markah,hehe
No comments:
Post a Comment