Monday, December 7, 2015

Contoh Surat Keizinan Mengadakan Lawatan



Kepada,                                                                                   Ruj. Kami : ( KK 14/01 )
                                                                                                Tarikh       : Mei 2015

Encik Atul Bhargava,
Pengarah Urusan Intel Corparation,
Lot 8, Jalan Hi-Tech 2,
Kulim Hi-Tech Park,
09000, Kulim,
Kedah Darul Aman

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa Kelab Komputer Maktab Mahmud Kuala Muda akan mengadakan satu lawatan ke Kilang Mikrochip Intel Corparation Kulim pada Mei 2015 (Sabtu).

3.         Untuk pengetahuan pihak tuan, waktu lawatan tersebut pada waktu persekolahan.. Jumlah murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah seramai 40 orang pelajar tingkatan empat.

4.         Oleh itu, pihak kami memohon kebenaran pihak tuan bagi menjayakan lawatan tersebut.

5.         Bersama-sama surat ini, kami sertakan jadual lawatan/ aktiviti untuk makluman pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang menjalankan tugas,


……………………………………….

(Muhammad Afifi Bin Wazir)
Setiausaha,
Kelab Komputer,
Maktab Mahmud Kuala Muda.




s.k  
1. Penasihat Kelab Komputer
2. Pengerusi Kelab Komputer

No comments:

Post a Comment