Thursday, February 25, 2010
Knowledge is Power:Tribute to Muhammad saw
Penuh semangat
Akhlaknya tinggi sumgguh memikat
Lirik lagu yang padat dengan gambaran kehebatan Rasul saw. Aku kaku mendengar. Membawa aku terbang ke alam sirah, cube menyorot lembaran sejarah agung dalam tamadun manusia. Malah, kehebatannya sudahpun dinukilkan dalam Injil Yuhana dan kitab-kitab samawi yang lain sebelum kebangkitannya lagi. Malah, setelah 14 abad rasul meninggalkan kita, kehebatannya belum sedikitpun pudar, sehingga mempengaruhi Micheal H. Hart dalam bukunya bertitle The 100:A Ranking Of The Most Influential Persons In History. Dye menulis: My choice of Muhammad to lead the list of the world`s mist influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both religious and secular levels. Aku ingat sesuatu. Lembaran Gospel St. John bab 14 ayat 16-17 menyebut, And I will ask the father, and he shall give you another paracletos, that he may stay with you forever. Pengajaran Ust Faizal ketika membahaskan bab dakwah kepada non muslim, paracletos membawa makna Muhammad saw.
Begitu agung pengiktirafan non-muslim kepada Muhammad saw, namun sadis kite maseh terkebelakang dalam membuktikan cinta kepada Muhammad. Aku teringat madah bercili orang Melayu tentang cinta. ` Jika xnampak orangnye, nampak bumbung rumah pun jadilah`. Adat bercinta adalah ingatan yang berkunjung tidak putus dalam minda. Dalam erti kata lain, zikir yang tidak lekang dari hati. Jika benar kite mencintai Muhammad, berapa kali kah dalam sehari kite bertafakkur mengingatinya tanpa jemu?
Lebih sadis lagi, benarkah kite mencintai Muhammad?Kalau benar, berapa kali kah kita melanggar larangan Muhammad dalam sehari?Sifar,10 kali,20 kali atau berkalikalikali dan kali?? Itulah resmi manusia, di bibir lain di hati lain. Kata pujangga cinta, jika cintamu benar, lautan api sanggup kau renangi. Persoalannya, jangan katakan lautan api, segenggam bara pun belum mampu ke tahan sebagai lambang cinta agung kepada mursyid hebat sepanjang sejarah, Muhammad saw.
Sempena Maulid Nabi ini, mari bersama kite pulang ke pangkal jalan. Cinta syaratnya tahu dan kagum. Selidik dan terokailah sunnah agung supaya kita dapat menilai kehebatan Muhammad, sabarnya baginda menghadapi mehnah tribulasi, halus lembutnya wasilah metodologinya dalam mendidik manusia menuju Tuhan, yang jika dihayati sevara total, akan timbullah rasa kagum yang akhirnya membuahkan bibit cinta yang x bertepian.
~ Ya Allah jadikanlah kami orang yang taat kepada Nabi saw di awalnya, di akhirnya, di zahirnya, di batinnya, di perbuatannya, di perkataannya, di pengibadatannya dan di amal solehnya~
Sunday, February 14, 2010
Sentuhan Listrikmu
Muka membiru. Mata rapat tersipu. Telinga cipis menadah. Dada sesak mengasak. Badan lumpuh sempurna. Tangan meraba halus. Kaki melangkah angin. Hayunan lemah bergemala kaku. Lenggok perlahan bertaut pegangan. Hati terasa hilang.
Tiba-tiba dia masuk. Haruman meragut sukma. Wajah cahaya sirna. Nurnya menerangi lesuku. Bibir menguntum tenang. Mata memancar kasih. Raut melahir nyaman. Lenggok badan meratah sedih. Aura terlihat terpamer pasak. Hati ikhlas menyulam cinta kasih.
Meski kadang-kadang aku alpa. Dia belum pernah membawa binasa. Kasih dipinggir darah muda perwira. Namun dia belum melatah. Hanya segenggam setia. Sayang dilempar ke muka sampah, belum lagi dia berundur hiba. Sungguh dia kekasih yang belum pernah meminta. Hampir kamil meski belum sampai taraf Yang Maha Kasih.
Terpesona aku dengan akhlaknya. Meski berlainan benua aku rasakan hampir. Jiwanya penuh kuasa kasih, mengunci aku dalam laku ku. Depannya aku lemah tiada upaya. Kata-kata belum pernah berbau nista. Benar kuasa cintanya mengikat hatiku rapat. Aku hanyut dalam rasa kasih yang maha damai. Kunci cintanya adalah patuh pada Tuhan. Rahsia sayangnya adalah keikhlasan dalam penghambaan.
Budi taburannya tidak mampu ku balas. Moga syurga tempatnya teratas. Die mursyid sejati tanpa kenal lelah perit, menabur bakti jauh di bumi Malaysia, tempat asing bagi seorang perwira agama di Baghdad. Terima kasih Dr. Yaakob Nadzim Ahmad As-Sa`di, jasamu selamanya, moga selamat dalam musafirmu ke tanah airmu lewat semester ini.
Saturday, February 6, 2010
Mujarab
Kesempitan hidup adalah realiti kehidupan yang tidak mampu dipinggirkan selagi mana kita memegang title HAMBA kepada Tuhan. Jika diperhati daripada sudut pandangan kejahilan, sudah pasti kita akan merumuskan bahawa kesempitan hidup adalah suatu penyeksaan yang tidak bertepian. Golongan yang berfikiran sebegini menganggap kesempitan hidup adalah tidak berpadanan dengan konsep wujudnya Tuhan. Malah golongan ini begitu lantang memperkatakan sekiranya Tuhan itu wujud, mana mungkin berlaku kesusahan di muka bumi ini. Wah, begitu enak sekali mereka berkata-kata dan menulis perkara tersebut, sedangkan mereka lupa perkataan yang mereka lontarkan dan tulisan yang mereka nukilkan itu, kesemuanya terkandung di dalamnya nikmat Tuhan Yang Maha Hebat, iaitu, nikmat kurniaan mulut yang mampu berkata-kata dan nikmat kurniaan sepasang tangan yang mampu menukil apa saja. Malah, nikmat ini diperlengkapi dengan kebijaksaan akal yang telah disalahgunakan mereka untuk mencerca Pemberinya.
Namun, bagi mereka yang berfikir daripada sudut pandangan keimanan, pasti akan menyebarkan ke seluruh alam bahawa semua ujian ini masih tidak berpadanan dengan segala kurniaan Tuhan kepada manusia. Ya, begitu banyaknya kurniaan Tuhan kepada kita, namun kita masih mahu menilai ujian maha kecil yang dihamparkan Tuhan,malah ianya bukan datang dengan pandangan kebencian daripada Tuhan, bahkan ianya adalah bagi memberi ruang kepada kita mempertingkatkan keimanan. Cuba perhatikan sekeliling kita, bukankah terdapat begitu banyak nikmatNya yang tidak terhingga. Perhatikan awan, bagaimana kalau kita kehilangannya? Perhatikan laut, apa kan jadi seandainya ia dikeringkan? Perhatikan mentari, cuba kita bayangkan kalau ia lenyap buat selama-lamanya. Lihatlah pekatnya malam, apa akan berlaku kiranya malam itu tidak lagi bertandang. Cuba hitung isipadu hujan, pastinya hidupan akan menjadi suatu mitos yang penuh penyesalan kiranya nikmat hujan ditarik semula Pemberinya. Cuba kita lihat pada diri, jika kehilangan akal ditarik Pemiliknya, maka berubahlah status kita dari taraf kemanusiaan kepada taraf kebinatangan. Jika ditarik nikmat penglihatan, pastilah kelam rasanya sebuah penghidupan. Jika diberi jasad yang tidak cukup kesempurnaan, pastilah hidup merana menanti kematian. Namun kejadian Tuhan amatlah adil kerana Dia Tuhan Maha Adil. Kadang-kadang diciptakannya kecatatan, tapi diganti dengan terangnya hati, murahnya rezeki. Jadi pada yang dilahirkan sempurna serba-serbi, janganlah mencabut keimanan dengan begitu rakus di saat menjelangnya musim uji-ujian. Ambillah waktu menjernihkan fikiran, maka renungilah kalam Tuhan dalam surah Ar-Rahman:
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Tuhan tidak akan membiarkan dugaan kepada hamba-hambanya berakhir dengan sia-sia. Malah Dia Yang Maha Pengasih juga telah menyediakan tonik paling mujarab, malah tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana kaedah yang diciptakan oleh orang bijak pandai bagi menghadapi kesempitan hidup. Sekiranya kita sebagai HAMBA yang maha lemah dengan penuh yakin mengikuti telunjukNya, pasti yang berada di hadapan kita hanyalah kebahagiaan yang tidak bertepian. Tonik itu adalah seperti yang dinukilkan olehNya dalam kitab Al-Quran surah At-Thalaaq ayat 2 dan 3(ayat Seribu Dinar):
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ya sahabat-sahabat sekalian, toniknya adalah doble T. Takwa + Tawakkal. Namun harus diingat, takwa yang sejati bukan hanya sekadar mematuhi syariatullah, bahkan kita juga perlu akur dengan sunnatullah. Jika tidak, takwa yang diimpikan tempanglah kualitinya. Tawakkal juga bukan hanya menunggu keajaiban nasi ghaib yang turun dari langit tanpa usaha, sebaliknya perlu bermodalkan semangat juang yang tinggi hatta bermandi peluh di sawah padi bagi memperoleh sebutir nasi.
Wallahu a`lam.