Cuti semester menjelma lagi. Terasa cepat masa berlalu. Sedar-sedar minggu lepas perkarangan gedung ilmu KISDAR mula lengang. Semua pulang seawal mungkin setelah tamat peperiksaan masing-masing. Mungkin kerana lama sudah tidak berjumpa keluarga, atau mungkin sudah ada perancangan yang tidak dapat ditunda-tunda(kahwin contohnya,hehe) ataupun mungkin sudah jemu dengan karenah ‘KISDAR serta birokrasinya`. Apapun sebabnya, bukanlah menjadi maudhu` utama dalam post saya kali ini kerana saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menjadikan cuti anda bermanfaat dan bersinergi.
1. BUAT PLANNING AWAL.
Untuk menjadikan masa cuti ini bermanfaat, susunlah perancangan untuk mengisi masa terluang ketika cuti. Jangan ketika mula bercuti baru hendak membuat perancangan. Lebih malang kalau kita langsung tidak merancang sehingga selesai cuti. Jadi, kalau belum, buatlah hari ini juga.
2. PLANNING IKUT KEMAMPUAN
Planning yang dibuat perlulah idealistik dan realistik. Plan sesuatu perkara yang mampu dilakukan. Jangan berangan-angan untuk bercuti ke angkasa lepas kalau anda bukan seoarang angkasawan. Sebaliknya, rancanglah mengikut kesesuaian dan kesanggupan, serta kewangan.
3. JANGAN KETEPIKAN FAMILY
Sebaiknya semasa merancang aktiviti cuti, pastikan anda sudah berbincang dengan keluarga. Mana tahu kalau-kalau ibu bapa anda ada plan yang lebih menarik untuk anda dan ahli keluarga yang lain. Kot-kot mereka nak membawa anda bercuti ke mana-mana tempat yang sesuai. Jadi kalau perancangan aktiviti cuti anda tidak dibincangkan bersama mereka, anda mungkin menghadapi masalah pertindihan jadual (macam setiap sem yang berlaku untuk jadual kelas kat KISDAR).
4. JANGAN LUPA MAKANAN KEROHANIAN
Bercuti semester bukan bermakna anda bercuti segala-galanya, apatah lagi bercuti daripada beragama. Jangan kesampingkan aktiviti kerohanian. Sebaliknya aktiviti keagamaan perlu dilakukan setiap hari secara istiqomah. Selain daripada ibadah kefardhuan seperti solat lima waktu, pastikan anda menghadiri kuliah-kuliah agama yang berlangsung di sekitar kawasan anda. Ingan pada pesan Sufyan Ath-Thauri: Salah satu golongan yang rugi ialah seseorang yang apabila datang seorang yang alim ke kawasannya, namun dia sedikitpun tidak mengambil manfaat daripadanya(tidak menadah ilmu daripadanya).
5. PASTIKAN ANDA MEMATUHI APA YANG DIRANCANGKAN
Jika hendak melalui cuti yang bermanfaat, pastikan anda patuh terhadap apa yang anda telah rancang. Barulah cuti yang anda lalui benar-benar bermanfaat.
Sekian, selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment