Saturday, December 8, 2012

Senang Tanpa Juang

Empat exam, dalam tempoh seminggu!!! Perkara biasa bagi mahasiswa. Peperiksaan demi peperiksaan yang terbentang di hadapan mata, bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan. Terbeban dengan subjek-subjek yang berat, nota-nota yang berselirat, hafalan-hafalan yang membirat, kefahaman-kefahaman yang mencabar keringat serta masa yang amat-amat singkat. Tinggalkan sahaja angan-angan panjang, bahawa hidup pelajar sentiasa gemilang, dilimpahi senang tanpa juang, kerana hakikatnya jauh api daripada panggang.

CABARAN DI ALAM PEMBELAJARAN

Masalah kewangan? Masalah berjauhan dengan keluarga? Masalah dengan kawan-kawan? Masalah dengan cinta dan perasaan? Masalah dengan pembelajaran? Masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan?|
Bohong andai pelajar bebas merdeka dengan masalah-masalah di atas. Umpama laut dan pantai, ibarat burung dan sayang, masalah ketika alam pembelajaran, adalah subjek utama yang perlu dihadam selaku pelajar. Usah disangka berjayanya pelajar atas sijil yang digenggam, kerana ia hanya zahir tanpa hakikat.

Berjayanya pelajar, berkait rapat dengan soal hebat menghadapi hidup. Tekanan dan bebanana dengan pembelajaran, dicampu adukkan dengan masalah dalam kehidupan, boleh menggagalkan pelajar dan pelajaran. Namun, andai ianya diselesaikan secara hebat dan tepat, itulah kualiti dan kualifikasi bagi menjadi pelajar hebat. Gah di akademik, tidak semestinya hebat dalam kehidupan, tetapi pelajar yang hebat dalam kehidupan, sudah pasti gah dalam akademik.

Sebabnya? Hiduplah yang menjadi guru hebat, pada matang dan berkat, gagah melayari pahit maung kehidupan, akan menatijahkan kebijaksanaan bagi menguruskan pembelajaran. Bukankah tujuan belajar adalah bagi menuju tahu? Dan bukankah tahu itu hanya dapat dilaksanakan oleh manusia yang `hidup`? Manusia yang menghidupkan kehidupannya, gagah dan teguh meski diuji kanan dan kiri, tekad dan semangat meski dihalang seribu diri, bijak dan pandai meniti badai dan duri, dengan ditemani iman yang sejati.

BELAJAR DARIPADA PEMUDA ASHABUL KAHFI

"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya, Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka"
(Al-Quran 18 : 13)

Mereka hilang umur, demi pertahankan iman, mereka hilang segala, demi menjunjung kalimah Tuhan. Kita punya segala, hanya secangkir ujian, selalunya lemah dan hilang arah tujuan.

Ahh, jauh kiranya kita, dengan ululalbab seruanNya, apatah lagi si sibghatullah, celupan Dia bagi manusia, tinggal ayat tanpa penghayatan.

Bantu kami wahai Tuhan

Bayt Arqam

No comments:

Post a Comment